Terbit Buku Sendiri 50 : Dapur Penulis Berasap


DAPUR BERASAP

Apabila penulis menerbitkan buku sendiri. Selain belajar menulis, mengedit, membuat layout, design cover buku dan juga lain-lain hal berkaitan buku. Penulis self publish juga perlu belajar tentang pemasaran karya, cara mengurus duit dan juga cara mengembangkan duit.

Mahu atau tidak, ia perlu dipelajari kerana setiap ringgit yang dibelanjakan dan diterima perlu diuruskan dengan cermat. Menulis perlu menulis, dapur perlu berasap, bil perlu dibayar.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 49 : PROMOSI BUKU & DIRI.

Selain menyediakan rangka buku dan juga sinopsis. Penulis juga sebaik-baiknya merancang dan menyusun gerak kerja kaedah pemasaran yang mahu digunakan bagi menjual karya sendiri. Terutamanya penulis yang menerbitkan buku sendiri. Dicadangkan supaya penulis menggunakan pemasaran jangkamasa panjang dan juga berfokus.

Contohnya update blog setiap hari dan kongsikan di media sosial. Pada masa yang sama, hantar dan terbitkan juga artikel-artikel berkaitan kepakaran masing-masing dalam majalah ataupun laman web yang berautoriti.


YouTube, Facebook, Blog, Twitter, Instagram, dan banyak lagi platform media sosial yang ada pada masa ini. Pada hari ini, sudah ramai yang dapat membuat duit berpuluh ribu ringgit menggunakan platform media sosial ini. Atas sebab itu, penulis perlu kenal pasti, di mana pembaca atau bakal pembaca melepak, kemudian salurkan semua artikel di sana. Tarik perhatian mereka dan bawa masuk ke blog Tuan-tuan. Siapkan landing page yang menceritakan apa yang mereka akan dapat apabila membaca buku Tuan-tuan. Siapkan ayat jualan, seterusnya

Perkara paling bagus, ada majalah dan laman web membayar sejumlah wang ke atas setiap artikel yang diterbitkan. Ia menjadi bonus kepada penulis. Berkongsi sambil mempromosi.





BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 48 : Profesional Dalam Bekerjasama

PERJANJIAN


Apabila mahu menerbitkan buku bersama kawan-kawan, pastikan semua pihak jelas apa yang perlu dibuat sebelum dan selepas buku diterbitkan. Agihkan tugasan dengan saksama dan jayakan kerjasama itu dengan sebaiknya. Walaupun berurusan dengan kawan-kawan, sebaik-baiknya tandatangan perjanjian penerbitan dan matikan setem. Pastikan semuanya jelas sebelum memulakan


NAMA

Sebaiknya apabila mahu menulis buku bersama, elakkan menulis sebuah buku lebih daripada tiga orang penulis. Ada kes apabila jumlah enulis bagi sebuah buku lebih daripada tiga orang, mereka berebut untuk menentukan nama siapa yang layak berada paling atas.

ROYALTI

Agihkan royalti dengan adil. Adil di sini bukan bermaksud sama rata. Sebaliknya menyerahkan hasil jualan dan keuntungan mengikut hasil kerja yang telah dilakukan. Berapa peratus jumlah manuskirp yang diserahkan untuk diterbit? Berapa banyak usaha yang telah dilakukan setiap penulis? Berapa banyak kos yang telah dikeluarkan bersama? Catat semua perbelanjaan supaya tidak ada isu berbangkit pada masa akan datang.





BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 47 : Sebelum Berjaya Perlu Mula Bertindak

Kejayaan menerbitkan buku pertama bukanlah penamat. Ia adalah permulaan. Judul pertama itu boleh jadi menguntungkan atau merugikan. Sekiranya habis terjual, boleh ulang cetak. Jika tidak laku, kenal pasti mana silapnya dan baiki dalam judul-judul seterusnya.


pixabay.com

Boleh jadi bukan sebab isinya tidak bagus, mungkin disebabkan pemasaran tidak dibuat sepenuhnya. Ataupun design cover yang tidak seksi hingga menggoda mata pembaca. Teruskan tulis dan terbit judul baru.

Ada penulis yang novelnya terjual beratus ribu unit di Malaysia pernah berkongsi. Karya-karyanya yang terawal tidak laku dan tidak dibeli, namun selepas satu ketika apabila sebuah novel beliau laku keras. Pembaca mula mencari-cari novel-novel awal yang pernah diterbitkan.


pixabay.com

Baik, kembali kepada pokemon. Dalam satu ulasan video berkaitan pokemon go ada mengatakan, kejayaan satu malam John Hanke mengambil masa selama 20 tahun.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 46 : TINDAKAN RINGKAS UNTUK PENULIS SELF PUBLISH DISEDARI KEHADIRANNYA.


pixabay.com

1. Kemas kini maklumat diri asas dalam media sosial yang digunakan. Tidak perlu aktif dalam semua media sosial yang ada di dunia ini. Fokus gunakan media sosial yang menjadi tempat para pembaca kita berkumpul.

2. Konsisten berkongsi ilmu dan kemahiran yang mahu diterbitkan. Fokus kepada satu kategori saja buat permulaan semasa berkongsi setiap hari

3. Pastikan pembaca jumpa artikel yang ada di blog apabila mereka google nama kita.

4. Belajar, kaji, tambah baik apa yang dilakukan oleh mereka yang sudah berjaya dalam industri dan sampaikan semula kepada pembaca.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 45 : Fokus Satu Bidang Sebelum Terjun Dalam Bidang Lain

0. Baca beratus-ratus buah buku dalam kategori yang mahu ditulis. Hadir ke seminar-seminar yang berkaitan. Berkawan dengan pakar bidang yang sudah diiktiraf oleh organisasi dan masyarakat.

1. Fokus terbitkan beberapa buah buku dalam kategori yang menjadi pilihan.

2. Fokus menulis artikel dalam kategori yang sama setiap hari.

3. Elakkan mengulas hal yang tidak berkaitan topik yang ditulis. Fokus mengulas berita dan isu berkaitan bidang yang ditulis sahaja dalam blog.


pixabay.com

4. Fokus menerbitkan content dalam pelbagai platform seperti artikel, buku, audio, video, infografik, quote, blog dan lain-lain.

5. Elakkan menerima jemputan menyampaikan ceramah atau forum jika tajuk program tidak berkaitan dengan bidang yang ditulis. Cadangkan nama rakan-rakan yang mempunyai kepakaran untuk bercakap sesuai dengan topik program.


Mat Roti Jala dikenali kerana setiap hari dia membuat roti jala. Wan Canai dikenali kerana setiap hari dia menebar roti canai. Bai Roti dikenali kerana dia menjual roti setiap hari. Kereta api laju dikenali sebagai pengangkutan awam yang pantas dan tahu ke mana yang hendak di tuju.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 44 : KEDAI BUKU ATAU KEDAI YANG DIKUNJUNGI ORANG YANG PERLU BACA BUKU ITU?

Ada penulis berharap untuk jual karyanya di kedai buku. Ada juga penulis self publish yang tahu siapa pelanggannya, di mana pelanggannya melepak dan berbelanja. Lalu penulis berkenaan menjual bukunya hingga diulang cetak berkali-kali tanpa jual di kedai buku.



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 43 : PERLUKAH PENULIS SELF PUBLISH MEMILIKI WEBSITE?

1. Apa tujuan mahu ada website? Mahu branding diri, promosi buku dan produk, landing page setiap buku dan produk, tempat berkongsi artikel dan buku yang bakal diterbitkan.

2. Berapa kosnya? Domain, hosting, sistem pembayaran billplz, jompay dan lain-lain.

3. Adakah penulis dapat update artikel baru setiap hari? Sekurang-kurangnya satu artikel baru dapat dikongsikan setiap hari.

4. Adakah produk dan servis yang akan dijual dalam website itu nanti? Adakah penulis mahu jual buku, ebook, servis, coaching dan lain-lain. Boleh gunakan laman web itu sebagai tempat untuk membuat jualan.

pixabay.com
Kirakan kos menguruskan website itu. Kirakan juga anggaran pulangan yang akan diterima sama ada penjualan produk, penawaran servis dan juga lain-lain hasil yang akan diterima. Jika pulangannya dapat membantu penjenamaan diri, meningkatkan kualiti hidup serta meningkatkan skala kebahagiaan kita. Teruskan dengan tindakan selanjutnya.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more

Terbit Buku Sendiri 42 : 2 FASA UNTUK PENULIS SELF PUBLISH YANG BERCADANG MAHU TERBITKAN BANYAK BUKU.

Setiap penulis pastinya mahukan karya mereka terjual dan dibaca oleh ramai orang. Namun, cara untuk bermula bagaimana? Adakah perlu tulis karya yang menyampaikan idea-idea radikal kita atau mengarang manuskrip yang sedang mendapat permintaan pada masa itu. 

Berikut adalah cadangan kepada penulis-penulis yang bercadang mahu menulis sepenuh masa. Karya bagaimana yang mereka perlu didahulukan dan kemudiankan.

1. PERMINTAAN : Tulis dan terbit buku yang sudah ada permintaan, lebih tepat ada pembaca sedia melaburkan duit untuk beli buku itu. 

pixabay.com

2. KEPUASAN : Terbit buku yang kita mahu terbitkan dan dirasakan perlu dibaca.

Dicadangkan bermula dengan fasa 1 dan selepas setahun sudah pulang pelbagai modal masuk pula ke fasa dua. Dulu popular dengan istilah penulis kuih tempah. Menulis dan menerbitkan buku yang diminta oleh penerbit dan juga kedai buku. Selepas penulis sudah ada tajuk yang banyak, barulah terbitkan buku yang 'kita rasa' mahu diterbitkan.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Read more

Terbit Buku Sendiri 41 : Semua Kedai Buku Tutup

Penulis self publish adalah usahawan dan mereka perlu dapatkan keuntungan duit. Ini kerana mereka telah mengeluarkan kos untuk cetak buku, kos untuk edit buku, kos untuk layout buku, kos untuk design cover buku dan juga perlu keluarkan kos untuk iklan buku selepas diterbitkan.

Tidak termasuk kos mencari bahan, hadir ke seminar, membeli buku untuk membuat rujukan dan kajian dan lain-lain kos yang tidak diketahui. Atas sebab itu, apabila penulis mahu menerbitkan buku sendiri. Ia ibarat seorang bakal usahawan yang mahu memulakan perniagaan.

grainesdestartup.fr

Penulis self publish perlu berfikir dan bertindak seperti usahawan yang mahu memiliki aset hartanah dalam 5 tahun akan datang.

Bayangkan sekiranya semua kedai buku tutup, bagaimana caranya usahawan ini menjual buku mereka? Bagaimana mahu jual 10, 50 dan 100 buku setiap bulan? Untuk makluman ada penulis yang terbit buku bersama SenangTerbit.com ulang cetak antara 50 hingga 100 unit buku setiap bulan. Lebih menarik, beliau tidak menjual di kedai buku. Hanya gunakan ejen jualan!


Jumlah itu tidaklah besar, namun sedikit sebanyak hasil jualan itu dapat menampung perbelanjaan bulanan keluarganya.

Selepas baca soalan di atas, mulakan rancang tindakan untuk jual buku tanpa kedai buku.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Read more