Terbit Buku Sendiri 5 : 6 Tindakan Penting Sebelum Terbit Buku Sendiri

PASTIKAN MANUSKRIP BERSIH

Bersih yang saya maksudkan adalah bersih dari sudut ejaan. Pastikan pembaca rasa bebaloi untuk membaca dan mempromosi secara percuma apabila membaca buku Tuan. Kesalahan ejaan beberapa patah perkataan adalah dimaafkan. 

Namun, sekiranya terdapat kesalahan ejaan pada setiap bab. Itu adalah masalah besar yang perlu dirawat. Jika tidak tuan akan popular menjadi penulis yang tidak teliti.
freeimages.com

Kesalahan ejaan yang tidak dibaiki sebelum buku dicetak adalah kerugian wang yang besar. Tuan perlu cetak sticker untuk tampal di atas ejaan yang salah itu. Sticker itu adalah duit....

PASTIKAN DESIGN KAVER TEPAT

Design kaver adalah perkara pertama yang akan menarik pandangan bakal pembeli dan juga pembaca. Di sini saya mahu tekankan dari sudut teknikal. pastikan semua logo, nama penulis, judul buku berada dalam 1.5cm daripada setiap sudut tepi buku.

Jika buku mahu menggunakan perfect binding, dapatkan ukuran tebal tulang buku daripada pencetak. Ukurannya bergantung dengan ketebalan buku mengikut jumlah muka surat dan juga tebal kertas.

Kaver belakang buku juga serupa dengan kaver depan buku. Sebaiknya, letakkan kod bar ISBN di belakang buku. ISBN boleh dimohon daripada Perpustakaan Negara Malaysia di tingkat 3.
PASTIKAN LAYOUT DALAMAN KEMAS

Tidak semestinya layout buku tuan perlukan kerawang ataupun berbunga-bunga. Pastikan kemas dan sedap mata memandang untuk dibaca. Layout bagi buku kanak-kanak berbeza dengan layout untuk buku bisnes nonfiksyen.

Bagaimana mahu dapatkan font yang sama seperti buku yang diterbitkan di pasaran oleh penerbit besar? Tuan buka pada muka surat hak cipta, disitu ada penerbit seperti PTS Media yang ada nyatakan mereka menggunakan font jenis apa berserta saiznya. 

DAPATKAN SEBUT HARGA

Dapatkan sebut harga kos cetakan buku sebelum membuka borang tempahan. Selepas menerima sebut harga barulah letakan harga yang mahu dijual dan kemudian buka tempahan.

Jangan sesekali mengambil tempahan yang sudah dinyatakan harga buku sebelum mendapatkan kos cetakan. Tuan-tuan akan menjadi sukar mengubah harganya. 

DAPATKAN PEMBELI SEBELUM MENCETAK

Promosi buku semasa buku sedang disiapkan. Jika mahu terbit dengan penerbit mungkin ia menjadi sedikit sukar kerana tuan tidak dapat kawal bila mahu cetak dan terbitkan buku itu. 

Melainkan tuan penulis ternama dan sudah ada banyak buku bersama penerbit itu, insya-Allah tuan boleh bincang bersama penerbit bila mahu lancarkan buku.

Namun, disebabkan tuan menerbitkan buku ini sendiri. Jadual terbit dan cetakan tuan yang akan tentukan sendiri. Jadi, sebaik-baiknya kerapkan berkongsi maklumat buku itu sebelum buku diterbitkan.

Sebaik-baiknya konsisten berkongsi tentang topik itu 3 bulan berturut-turut di media sosial dan juga blog tuan.

MERANCANG KEJAYAAN BUKU

Menjadi penulis bukan sekadar tulis dan terbit saja. Ada banyak perkara lain yang perlu dibuat. Saya akan kongsikan tentang merancang kejayaan buku ini akan datang.


Selamat bertindak!
BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Load disqus comments

0 comments