Rahsia Pahala Berpanjangan Dari Dalam Kubur

Pepatah China ada mengatakan, “Orang lelaki jangan mati selagi belum menulis satu buku.”

Dalam Islam juga mengatakan salah satu amalan yang boleh dibawa ke kubur adalah pahala dari ilmunya yang bermanfaat yang diamalkan orang lain.

Persoalannya buku apa? Dan persoalan yang lebih awal perlu ditanya apa yang perlu dibuat sebelum mula menulis?










www.freeimages.com

Sudah semestinya kita perlu membaca buku terlebih dahulu sebelum mula menulis. Namun perkara yang lebih utama ialah kita terlebih dahulu harus merangka sinopsis dan perjalanan buku yang bakal ditulis.


“Saya mahu menulis buku!”

Ayat itu hanya ayat angan-angan tanpa tindakan. Ada kemungkinan kita akan mengulang semula ayat itu pada tahun-tahun berikutnya sehinggalah kita dikurniakan cucu

Tanya kembali kepada diri kita. Mahu tulis novel atau non-fiksyen? Apa temanya? Bila mahu menulis sinopsis setiap bab? Bila mahu merangka watak? Berapa bab mahu ditulis? Berapa muka surat semuanya? Bila mahu bermula? Bila mahu hantar kepada penerbit atau pencetak?

“Saya menulis mengikut ilham yang Allah beri.”

Benar. Menulis mengikut ilham yang diterima adalah kaedah yang betul juga. Tetapi sebagai penulis profesional, kita seharusnya sudah mempunyai perancangan untuk menulis berapa buah buku setahun.

Jika mahu menunggu ilham baru mula menulis, maka kita akan jadi “Penulis Durian”. Setahun hanya sekali saja durian akan gugur. Penulis Durian juga hanya dapat menyiapkan buku setahun sebuah buku.

“Jadi apa yang saya perlu buat sekarang?” 


Sekarang sudah bulan Ogos. Para penulis sudah boleh mula menyediakan sinopsis untuk penulisan sepanjang tahun depan. Selepas siap sinopsis, teruskan menulis sinopsis setiap bab pula.


“Apa lagi yang saya perlu buat?”

Tulis sinopsis dan siapkan manuskrip!
Load disqus comments

0 comments