Kesilapan Penulis 2 : Penulis Kedai Runcit

Kedai runcit sinonim dengan kepelbagaian barang yang dijual daripada barang dapur sehinggalah barang kegunaan di luar rumah.

Mungkin ada yang berkata tidak ada bezanya antara pasaraya dan juga kedai runcit. Nanti dulu, yang membezakan pasaraya dan kedai runcit adalah dalam pasaraya ada bahagian-bahagian khas yang mengasingkan barang elektrik, barang basah, barang kering, pakaian, dan banyak bahagian lagi.

Sedangkan dalam masa yang sama di kedai runcit pula semua barang dihimpunkan dalam satu bahagian.

Jadi bagaimana pula yang dimaksudkan dengan penulis kedai runcit. Ia bukanlah satu penghinaan, cumanya adanya istilah penulis kedai runcit ini disebabkan berlakunya percampuran hasil karya yang ditulis.

Contohnya penulis A ada menulis buku masakan sebagai buku pertama yang diterbitkan. Buku kedua yang diterbikan adalah buku berkaitan pengurusan rumah tangga. Seterusnya beliau menerbitkan buku yang ketiga berada dalam kategori buku sejarah.


pixabay.com

Penulis B pula adalah penulis yang fokus. Buku pertama beliau adalah buku tentang masakan Nasi. Buku kedua pula adalah resepi masakan Kari. Buku beliau yang ketiga pula adalah resepi masakan Daging. Begitulah buku-buku yang seterusnya, semuanya berkaitan dengan masakan yang berbeza adalah tema masakan. Itu saja bezanya.

Penulis C pula menulis dalam pelbagai tema bersama dengan banyak penerbit.

Baik, berdasarkan dua penulis ini. Ada beberapa soalan yang saya mahu tanya kepada Tuan-tuan :

a) Penulis yang manakah akan menerima kemudahan satu rak khas yang ditulis nama mereka?

b) Penulis yang manakah lebih disayangi penerbit untuk mengeluarkan bajet khas bagi mempromosi bukunya?

c) Penulis yang mana satu mudah untuk menerangkan tentang diri mereka dalam satu nafas?

d) Penulis yang mana satu lebih cenderung dilabel sebagai pakar dalam bidangnya?


pixabay.com

Berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, penulis yang lebih fokus menulis dalam satu kategori, setia bersama penerbit yang satu dan kerap turun padang membuat promosi adalah penulis yang berjaya hidup sepenuh masa dengan hasil penulisannya.

Selamat bertindak!

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments