Terbit Buku Sendiri 11 : Barcode ISBN Pada Cover Buku

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi tentang barcode ISBN pada design cover buku.

Selepas membuat permohonan ISBN melalui Perpustakaan Negara (PNM), penulis akan menerima surat daripada PNM yang mengandungi nombor ISBN bersama barkod.



Nombor ISBN ini perlu diletakkan pada bahagian muka surat hakcipta. Pada masa yang sama, barkod itu juga perlu diletakkan pada bahagian belakang buku.

Kebiasaannya ada penerbit akan meletakkan harga buku juga pada bahagian barkod ISBN di belakang buku.

Baik, situasi yang akan berlaku bagaimana mahu dapatkan kodbar yang jelas dan rapi untuk diletakkan pada bahagian belakang buku.

Paling mudah, penulis selfpublish boleh saja scan barkod itu dan edit menggunakan paint di dalam komputer. Kemudian letakkan di belakang cover buku.


Kaedah kedua, masukkan nombor ISBN buku tuan dalam apps ini


Seterusnya barkod ISBN boleh didownload menggunakan PDF.


Tindakan seterusnya adalah edit dan masukkan barcode itu di bahagian belakang buku. Ia lebih kemas berbanding barkod yang di scan saja daripada surat yang dihantar oleh PNM.

Selamat bertindak!


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments