Terbit Buku Sendiri 12 : Ketebalan Tulang Buku (Spine)

Semasa membuat design cover buku, antara ukuran yang sukar untuk ditentukan sebenarnya adalah tulang buku atau book spine.

Sebenarnya ia tidaklah sesukar menyiapkan sebuah buku. Caranya mudah saja, dengan syarat tuan-tuan tahu ketebalan kertas yang mahu digunakan semasa mencetak buku itu nanti.

Contohnya, bagi penulis self publish yang mahu cetak secara print on demand di SenangTerbit.com. Kebiasaanya bagi mencetak buku sebanyak 50 hingga 500 unit, kertas yang digunakan oleh pencetak adalah 80gsm.

Ini kerana mencetak menggunakan mesin cetakan digital menghadkan jenis kertas yang boleh digunakan oleh printer.

Sekarang ambil pembaris dan buku yang dicetak menggunakan kertas 80gsm. 

Pastikan kita sudah mempunyai jumlah muka surat lengkap manuskrip yang hendak dicetak. Sebaik-baiknya pastikan jumlah muka surat dalam nombor genap.

Pilih satu bahagian tepi buku contoh itu tadi dan tekan sekuat-kuatnya. Ambil pembaris dan sukat ketebalan buku itu mengikut jumlah muka surat manuskrip yang kita mahu cetak.

Sekarang, Tuan sudah ada ukuran tulang buku untuk digunakan semasa membuat design cover buku.

Selamat bertindak!


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments