Terbit Buku Sendiri 15 : Saiz Buku Yang Sesuai Dicetak

Saiz sebuah buku itu ditentukan berdasarkan jenis buku yang mahu ditulis.

Secara asasnya, penulis selfpublish bebas memilih saiz buku yang mahu diterbitkan. Bagaimanapun dicadangkan supaya pastikan penulis melawat kedai buku terlebih dahulu sebelum memilih saiz yang dikehendaki.

Contohnya, jika Tuan mahu menulis kanak-kanan, dapatkan rak buku kanak-kanak yang sama dengan konsep buku Tuan. Kemudian ambil satu buku yang boleh dijadikan rujukan, dan ukur saiz tinggi dan lebar buku itu.

Begitu juga sebaliknya apabila mahu menerbitkan buku motivasi, novel, buku agama dan lain-lain buku. Penulis perlu melawat dulu kedai buku dan pergi ke setiap rak yang berkaitan dengan manuskrip kita.

Tindakan ini dapat menjimatkan duit Tuan-tuan daripada melakukan kesilapan yang berharga beribu-ribu ringgit.

Cadangan bagi saiz buku di atas ini adalah ditujukan khas kepada Tuan-tuan yang mahu letakkan buku di kedai-kedai buku. Disebabkan itu, penulis perlu kenal dengan saiz rak kedai buku.

Baik, selain daripada rak buku penulis self publish juga perlu ambil kira harga untuk pos buku. Sekiranya menggunakan envelope pos prepaid pos laju, buku bersaiz a4 perlu menggunakan envelope berharga RM9. 

Bagi buku bersaiz a5 pula envelope pos laju prepaid pula berharga RM6 tidak termasuk gst.

Ada kejadian penulis menerbitkan buku yang lain daripada yang lain. Situasi ini menyebabkan kedai buku tidak mempunyai rak yang sesuai untuk dipamerkan semua siri buku itu.

Malah kotak bersaiz khas juga perlu dibuat bagi membuat penghantaran buku itu kerana tidak ada envalope yang muat dan sesuai.

Situasi ini membuatkan buku yang sudah dicetak beribu unit naskah itu perlu dicetak semula dalam saiz yang sesuai.

Oleh itu, sebelum mula menulis dan menyiapkan buku. Kenal pasti terlebih dahulu buku yang mahu dijual. Kemudian tentukan saiz buku yang mahu diterbitkan.

Selamat bertindak!



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments