Terbit buku Sendiri 17 : Cara Menentukan Saiz Buku Semasa Membuat Layout DIY

AMARAN : ADA DIANTARA TIP-TIP INI SUDAH DIKETAHUI. BOLEH TERUSKAN MEMBACA PERKONGSIAN-PERKONGSIAN YANG LAIN.


Seperti yang dijanjikan dalam facebook saya semalam selepas dapat lima love saya akan kongsikan langkah-langkah membuat layout buku sendiri menggunakan microsoft word.

Saiz buku ini sebaiknya ditentukan lebih awal sebelum kita mula menulis buku. Apabila ada yang bertanya bagaimana mahu pilih saiz buku, selalunya saya akan minta mereka pergi ke rak buku yang terdapat kategori buku yang kita mahu tulis. 

Kemudian pilih buku yang memikat hati dan ukur tinggi dan lebar buku itu. Kemudian, gunakan ukuran yang sama dengan buku itu tadi.


SAIZ-SAIZ CADANGAN 
1. A4 : buku bergambar kanak-kanak, modul
2. A5 : buku non fiksyen, diary 
3. A6 : buku poket, buku tip. 
4. 15.2cm x 22.8cm : non fiksyen 
5. 12.5cm x 18.8 : non fiksyen 
6. 11cm x 18cm : buku puisi, novel 
7. 17.6cm x 12.6cm : novel 
8. 12cm x 18.5cm : novel

Oleh itu saya akan mulakan dengan menunjukkan langkah pertama yang perlu dibuat. Kita mulakan dengan menentukan saiz buku.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :

1) Klik page layout dan tekan size.


2) Klik more page size.

3) Masukkan ukuran buku yang mahu dicetak.

4) Klik OK.

5) Siap saiz buku Tuan-tuan. 

Langkah seterusnya adalah membuat page layout. Kenapa perlu buat page layout? Supaya buku kita kemas dan ukurannya tidak mengganggu dan terpotong sewaktu proses kekemasan buku selepas dibinding. Kita jumpa dalam post yang seterusnya.

Sebelum itu, jika Tuan mahu baca nota lengkap tentang cara-cara menerbitkan buku sendiri. Tuan-tuan boleh baca semua langkah-langkah yang telah dikongsikan dalam buku 8 langkah terbit buku sendiri. 


Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sepanjang 3 tahun membantu para penulis menerbitkan buku secara self publish di SenangTerbit.com.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments