Terbit Buku Sendiri 22 : Tempoh Masa Menulis

"Cukupkah 10 hingga 20 minit saja setiap hari?"

Ada yang bertanya cukupkah menulis 10 hingga 20 minit sahaja sehari. Jawapannya cukup apabila kita terlebih dahulu sudah buat persediaan dengan menyediakan bahan-bahan yang mahu ditulis.

Macam memasak juga, sekiranya kita tidak tahu memasak mee goreng basah. Sebelum ke dapur, tengok video di youtube dulu. Ataupun buka laman web myresepi dan baca bagaimana caranya mereka memasak mee goreng basah.

Yang membuatkan mee goreng nampak berkuah disebabkan kita letak air asam jawa dan tidak goreng sekali telur di dalamnya. Jika kita pecahkan telur nanti rupanya akan jadi seperti mee goreng mamak.


pixabay.com

Kesimpulannya, sebelum memasak baca buku resepi, tengok video memasak dan kemudian buat. Itu sebab orang pelik tengok orang tua-tua bila memasak mereka campak-campak saja bahan-bahan tanpa sukatan. Sebabnya semua sukatan bahan sudah ada dalam kepala.

Baik, kembali kepada masa menulis 10 hingga 20 minit sehari. Insya-Allah cukup jika kita sudah sediakan maklumat yang mahu dikarangkan.

Sebelum menulis, siapkan rangka buku dulu. Kebiasaannya proses membuat rangka buku ambil masa satu hingga dua minggu.Seterusnya proses menulis jadi lebih pantas.

Ringkasan :
a) Sediakan bahan yang mahu menulis.
b) Susun rangka buku.
c) Mulakan kerja menaip.



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments