Terbit Buku Sendiri 25 : Punca Proposal Penulis Ditolak Penerbit

1. Emel yang dihantar tidak dieja dengan betul dan tanda baca berterabur : Ini adalah tapisan fasa pertama. Sekiranya penulis mengeja cacamarba dalam emel yang dihantar kepada editor, ia memudahkan kerja pihak penerbit untuk menapis calon penulis yang benar-benar serius mahu menulis. Penulis yang boleh mengeja dengan betul dapat menjimatkan kos latihan dan masa penerbit.


2. Tidak ada surat iringan dan maklumat diri : Surat maklumat diri ini bertujuan memberikan gambaran pertama tentang diri penulis. Senaraikan maklumat diri, kerjaya, karya yang pernah diterbitkan, latar belakang pendidikan dan lain-lain yang berkaitan.

pixabay.com

3. Penulis tidak lampirkan bersama pelan pemasaran karya itu : Pelan pemasaran karya ini tidak wajib. Namun jika ada ia adalah bonus kepada penulis. Penulisan dan penerbitan adalah perniagaan. Oleh sebab itu, penerbit suka kepada penulis yang sudah mempunyai minda bisnes.

4. Karya tidak ada inovasi dan tidak ada kelainan dengan buku yang sudah ada dipasaran : Inovasi dan kelainan dapat membezakan karya kita dengan penulis lain. Inovasi tidak semestinya sesuatu yang bombastik. namun, ia memberi nilai tambah kepada penerbit dan pembaca.


pixabay.com

5. Proposal yang dihantar itu tidak kena dengan gaya penerbitan syarikat itu. Ini bukan bermaksud karya kita tidak bagus, cuma perlu cari penerbit yang sesuai. Teruskan berusaha.
BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Load disqus comments

0 comments