Terbit Buku Sendiri 27 : Penulisan Adalah Perniagaan

Menerbitkan buku adalah urusan perniagaan. Selain belajar menulis buku, penulis self publish yang serius juga sebaiknya perlu belajar dan membaca buku berkaitan pengurusan perniagaan dan pemasaran.

Paling asas perkara utama adalah seperti berikut.

MERANCANG KEJAYAAN : Merancang kejayaan ini seperti membuat rancangan untuk sebuah perniagaan bagi tempoh 5 tahun ke depan. Apa yang mahu dicapai? Berapa jumlah yang dimahukan? Apa target yang disasarkan? Paling penting, bila mahu undurkan diri?

MEMBUAT BUKU : Bahagian ini antara yang paling sukar dan mengambil banyak masa. Sedangkan hasil karya iaitu buku yang akan siap nanti, belum tentu lagi dapat membayar semua kos yang sudah dikeluarkan.

pixabay.com

MEMASARKAN : Pemasaran sebaiknya dijalankan seawal 3 bulan sebelum buku diterbitkan.

MENJUAL : Pada masa depan, penulis perlu letakkan kedai buku sebagai pilihan kedua dan ketiga. Atas sebab itu seawal peringkat merancang kejayaan buku, penulis seharusnya sudah mempunyai idea dan kaedah menjual buku yang luar daripada kebiasaan. Ada penulis yang saya kenal menjual buku di kedai yang menjual peralatan bayi. Hasilnya buku beliau diulang cetak dalam masa sebulan.

MENGURUSKAN : Setiap hasil jualan sebaiknya masuk ke dalam akaun semasa. Akaun semasa boleh dibuka secara persendirian ataupun menggunakan pendaftaran perniagaan. Tujuannya supaya setiap duit yang masuk ada rekodnya dan boleh ditunjukkan kepada bank. Pada masa akan datang, apabila penulis mahu membeli aset seperti hartanah. Penulis boleh gunakan penyata bank ini unutk membuat pinjaman bank. Ya, menulis itu bagus. Dalam masa sama hidup juga perlu sentiasa ada peningkatan seiring dengan peningkatan jumlah buku yang diterbitkan.
pixabay.com

MENGEMBANGKAN : Dapat saja duit hasil jualan. Kumpulkan aset. Elakkan daripada menghabiskan duit untuk membeli kemewahan sementara buat tontonan orang ramai.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments