Terbit Buku Sendiri 32 : PERSEDIAAN SEBELUM MENERBITKAN NOVEL.

1. Siapkan biodata watak : Biodata watak ini ada saya ulaskan secara ringkas dan lengkap berserta jadual yang para penulis boleh gunakan dalam buku '5 Panduan Merangka Watak Berkesan'. Bangunkan biodata watak yang memudahkan kerja penulisan kita dan juga memudahkan pelakon dan pengarah apabila karya itu akan diterbitkan.

2. Siapkan sinopsis setiap bab : Sinopsis setiap bab ini ibarat stesen kereta api yang menghubungkan rel daripada stesen sebelumnya. Tanpa sinopsis setiap bab penulis ibarat sedang memandu kereta api di atas jalanraya. Mereka perlu melalui kesesakan dan menunggu lampu merah bertukar hijau. Dengan memiliki sinopsis setiap bab, ia dapat membantu penulis mengarang dengan tenang dan memenuhi deadline yang ditetapkan. Ini kerana mereka tahu apa yang mahu ditulis, dan bila mahu berhenti.

pixabay.com

3. Mula menulis novel bab demi bab : Kerja menulis ini bergantung atas masa dan disiplin penulis. Tidak perlu tergesa-gesa, mulakan dengan bismillah.


4. Kongsikan sebahagian bab di wattpad : Wattpad adalah platform yang disediakan untuk para penulis berkongsi hasil karya mereka. Jangan upload semua, kongsikan sedikit bab, dapatkan respon pembaca kemudian baiki dan tambah baik jalan cerita.

5. Terbit dan cetak apabila sudah mendapat permintaan daripada pembaca.

Nota : Sebelum berkongsi di atas talian, baca terlebih dahulu syarat-syarat dan peraturan yang dikenakan ke atas penulis. Ada platform perkongsian novel menghalang penulis yang pernah berkongsi di laman web mereka untuk terbit dengan penerbit lain.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments