Terbit Buku Sendiri 34 : BIla Masa Terbaik Untuk Mula Menulis?

Menurut ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang. "Ketika saya bersama skuad kebangsaan China, ada penerjun muda yang berusia 14 tahun sudah pun menjadi juara dunia. Di Malaysia pula kita bermula perlahan kerana kebanyakannya baru menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun dan selepas itu barulah berlatih perlahan-lahan disebabkan kemudahan latihan yang terhad."

theborneopost.com

Apabila kita cerita tentang penulisan pula, saya suka mencadangkan agar kita bermula dengan membaca pelbagai bahan seawal usia muda. Tidak kira surat khabar, majalah, blog, tafsir, kitab karangan ulama, mendengar ceramah, membaca buku dan sebagainya.


Ini kerana, kerja menulis adalah tugas berat yang memerlukan kita para penulis mengolah satu idea menjadi bahan bacaan yang dapat menambah baik nilai hidup para pembaca daripada baik menjadi lebih baik.

Apabila sudah membaca banyak buku, kita lebih mudah menyusun jalan cerita dan mengolah idea menjadi lebih berisi berpandukan ilmu-ilmu yang sudah dibaca, diperhati dan diinovasi.

Masa pertama terbaik untuk bermula adalah semalam, masa kedua terbaik adalah hari ini. Esok belum tentu kita masih ada.



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments