Terbit Buku Sendiri 35 : Penamat Bab Adalah Permulaan Kepada Bab Yang Baru.

Setiap kali siap ubah suai dan jual sebuah rumah, pasangan suami isteri dalam rancangan 'Flip or Flop' ini pasti akan berkata, "Time to find another house to flip."
Atas sebab itu sebaik-baiknya, sebelum menulis buku pertama. Kita sudah mempunyai jadual penerbitan buku untuk tempoh 3 tahun mendatang. Sekurang-kurangnya kita sudah ada tajuk-tajuk yang akan diterbitkan setiap empat bulan akan datang.


pixabay.com

Hanya dengan cara ini, penulis dapat mengekalkan momentum penulisannya dalam masa yang sama dapat membina brand dirinya secara konsisten dan berdisiplin. Namun, perlu diingat dalam pada masa kita sibuk menulis. Perkara asas seperti kesihatan diri, keluarga, agama dan hal berkaitan negara tidak boleh dibakul sampahkan. 


Setiap kali selesai menerbitkan sebuah buku, penulis juga perlu berfikir seperti pasangan di atas ini, "Masa untuk tulis dan terbitkan buku baru."



BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments