Terbit Buku Sendiri 42 : 2 FASA UNTUK PENULIS SELF PUBLISH YANG BERCADANG MAHU TERBITKAN BANYAK BUKU.

Setiap penulis pastinya mahukan karya mereka terjual dan dibaca oleh ramai orang. Namun, cara untuk bermula bagaimana? Adakah perlu tulis karya yang menyampaikan idea-idea radikal kita atau mengarang manuskrip yang sedang mendapat permintaan pada masa itu. 

Berikut adalah cadangan kepada penulis-penulis yang bercadang mahu menulis sepenuh masa. Karya bagaimana yang mereka perlu didahulukan dan kemudiankan.

1. PERMINTAAN : Tulis dan terbit buku yang sudah ada permintaan, lebih tepat ada pembaca sedia melaburkan duit untuk beli buku itu. 

pixabay.com

2. KEPUASAN : Terbit buku yang kita mahu terbitkan dan dirasakan perlu dibaca.

Dicadangkan bermula dengan fasa 1 dan selepas setahun sudah pulang pelbagai modal masuk pula ke fasa dua. Dulu popular dengan istilah penulis kuih tempah. Menulis dan menerbitkan buku yang diminta oleh penerbit dan juga kedai buku. Selepas penulis sudah ada tajuk yang banyak, barulah terbitkan buku yang 'kita rasa' mahu diterbitkan.


BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.


Load disqus comments

0 comments