Terbit Buku Sendiri 45 : Fokus Satu Bidang Sebelum Terjun Dalam Bidang Lain

0. Baca beratus-ratus buah buku dalam kategori yang mahu ditulis. Hadir ke seminar-seminar yang berkaitan. Berkawan dengan pakar bidang yang sudah diiktiraf oleh organisasi dan masyarakat.

1. Fokus terbitkan beberapa buah buku dalam kategori yang menjadi pilihan.

2. Fokus menulis artikel dalam kategori yang sama setiap hari.

3. Elakkan mengulas hal yang tidak berkaitan topik yang ditulis. Fokus mengulas berita dan isu berkaitan bidang yang ditulis sahaja dalam blog.


pixabay.com

4. Fokus menerbitkan content dalam pelbagai platform seperti artikel, buku, audio, video, infografik, quote, blog dan lain-lain.

5. Elakkan menerima jemputan menyampaikan ceramah atau forum jika tajuk program tidak berkaitan dengan bidang yang ditulis. Cadangkan nama rakan-rakan yang mempunyai kepakaran untuk bercakap sesuai dengan topik program.


Mat Roti Jala dikenali kerana setiap hari dia membuat roti jala. Wan Canai dikenali kerana setiap hari dia menebar roti canai. Bai Roti dikenali kerana dia menjual roti setiap hari. Kereta api laju dikenali sebagai pengangkutan awam yang pantas dan tahu ke mana yang hendak di tuju.

BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments