Terbit Buku Sendiri 49 : PROMOSI BUKU & DIRI.

Selain menyediakan rangka buku dan juga sinopsis. Penulis juga sebaik-baiknya merancang dan menyusun gerak kerja kaedah pemasaran yang mahu digunakan bagi menjual karya sendiri. Terutamanya penulis yang menerbitkan buku sendiri. Dicadangkan supaya penulis menggunakan pemasaran jangkamasa panjang dan juga berfokus.

Contohnya update blog setiap hari dan kongsikan di media sosial. Pada masa yang sama, hantar dan terbitkan juga artikel-artikel berkaitan kepakaran masing-masing dalam majalah ataupun laman web yang berautoriti.


YouTube, Facebook, Blog, Twitter, Instagram, dan banyak lagi platform media sosial yang ada pada masa ini. Pada hari ini, sudah ramai yang dapat membuat duit berpuluh ribu ringgit menggunakan platform media sosial ini. Atas sebab itu, penulis perlu kenal pasti, di mana pembaca atau bakal pembaca melepak, kemudian salurkan semua artikel di sana. Tarik perhatian mereka dan bawa masuk ke blog Tuan-tuan. Siapkan landing page yang menceritakan apa yang mereka akan dapat apabila membaca buku Tuan-tuan. Siapkan ayat jualan, seterusnya

Perkara paling bagus, ada majalah dan laman web membayar sejumlah wang ke atas setiap artikel yang diterbitkan. Ia menjadi bonus kepada penulis. Berkongsi sambil mempromosi.






BACA Sertai kelas bagi menerbitkan buku sendiri.

BACA LAGI :

LIKE dan FOLLOW Ariffuddin di Facebook serta Instagram.

Load disqus comments

0 comments