SIAPA PENULIS?



Hai, saya Ariffuddin. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur, bersekolah di Selangor dan belajar di Kedah selama 3 tahun. 

Semasa belajar di Kedah, setiap kali cuti semester dan sepanjang praktikal. Saya kerap hadir ke kelas-kelas penulisan yang dianjurkan Universiti Terbuka PTS. Di sini, segalanya bermula.

Selepas hadir berbelas-belas kelas penulisan, novel pertama diterbitkan bersama PTS pada 2009 bertajuk Usahawan Cilik : Aisyah dan Roti Canai. Syukur novel ini turut diterbitkan oleh PT Gramedia di Indonesia menggunakan tajuk 'Ratu Roti Cane'. 

Kemudian Usahawan Cilik : Hana Banana pula diterbitkan dan diteruskan dengan buku novel Apron Bunga-bunga. Kesemua buku di atas menggunakan tema keusahawanan. 

Ada sebuah buku kanak-kanak yang ditulis tidak menggunakan tema keusahawanan iaitu Beruslah Gigi. Buku bergambar comel ini dilukis oleh Cik Puan Nur Nadia dan diterbitkan oleh Karangkraf.

Terkini, ada empat judul buku diterbitkan di bawah MA Terbit. Sasaran pembaca untuk empat buku ini adalah bakal-bakal penulis yang mahu dan sedang dalam proses menerbitkan buku :
1) 8 Langkah Terbit Buku Sendiri
2) 45 Tindakan Mengatasi Writers Block
3) 5 Panduan Merangka Watak Berkesan
4) Panduan Tulis dan Terbit Novel Pertama.

Dalam masa yang sama, saya turut berkongsi artikel berkaitan buku dan penulisan di www.ariffuddin.com dan www.sekolahpenulisan.com

Pada 2013 saya dan rakan-rakan telah menubuhkan SenangTerbit.comuntuk membantu penulis-penulis mencetak dan menerbitkan buku masing-masing. Selain penulis, kami juga membantu syarikat penerbitan, NGO, penceramah dan juga orang perseorangan untuk mencetak buku mereka.

Sekian, cukuplah cerita tentang penulisan buku dan self publish. Mahu baca lanjut boleh klik hashtag di bawah. Cerita tentang hati, kita PM tepi.

Mohd Ariffuddin 
Menulis kepada kanak-kanak untuk keamanan dunia.


***

Nama
Mohd Ariffuddin Bin Mohd Sani

Tarikh Lahir
5 Mei 1989 @ 28 Ramadan 1409

Tempat Lahir
Kuala Lumpur

Website 
0197191946
ariffuddin.mohd(@)gmail.com

NAMA PENA
Ariffuddin Sani 
Alliyah Farha 
Ahmad Din 


KERJAYA 

Penulis. 
Pengurus Penerbitan SenangTerbit.com. 


KARYA
  1. Aisyah dan Roti Canai (PTS Pro. Sdn Bhd, 2009) (PTS Pop Sdn Bhd, 2012) 
  2. Ratu Roti Cane, buku ini adalah terjemahan Aisyah dan Roti Canai kepada Bahasa Indonesia. (Gramedia Pustaka Utama, 2011) 
  3. Apron Bunga-bunga (PTS One Sdn Bhd, 2012) 
  4. Hana Banana (PTS Pop Sdn Bhd, 2012) 
  5. Beruslah Gigi (Karangkraf) 
ARTIKEL
  1. Kesilapan-kesilapan penulis self published (Cerpen101) 
  2. Pendapatan kedua dengan self publish secara print on demand. (Cerpen101) 
  3. Editing untuk penulis terbit buku sendiri. (Cerpen101) 
  4. ISBN, Saiz Buku dan Kos Cetak. (Cerpen101) 
  5. Malang Tidak Berbau, Tetapi Stokin dan Mulut Berbau (Tazkirah.Net) 
  6. Seorang Lelaki dan 5 Bulu (Tazkirah.Net) 
  7. Artikel Seorang Pengembara Buta (Tazkirah.net) 
  8. 4 Kaedah Penulis Mencari Idea (SekolahPenulisan.com) 
  9. Mengapa Perlu Menulis Novel Secara Bersiri (SekolahPenulisan.com) 
  10. Bagaimana P Ramlee menghasilkan karya evergreen(SekolahPenulisan.com) 
  11. Bagaimana menukarkan sinopsis biasa-biasa menjadi Luar Biasa!(SekolahPenulisan.com) 
  12. Bagaimana Ada Penulis Boleh Menulis 4 Buku Setahun? Mengapa Kita Tidak(SekolahPenulisan.com) 
  13. Jangan biarkan novel anda dibunuh…. oleh diri sendiri (SekolahPenulisan.com) 
  14. Cukupkah Menulis 20 Minit Sehari?(SekolahPenulisan.com) 
  15. “Saya kehilangan emas… setiap hari!”(SekolahPenulisan.com) 
  16. Rahsia Pahala Berpanjangan Dari Dalam Kubur(SekolahPenulisan.com) 
  17. Tambah Masjid Atau Tambah Jemaah (HarakahOnline) 


PENDIDIKAN & BENGKEL
  1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Logi) POLIMAS, Jitra. 
  2. Menuntut ilmu penulisan buku di Universiti Terbuka PTS yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. di Sekolah Al-Ikhlas. (Bengkel Teknik Surah Yusuf, Bahasa Melayu Tinggi dan lain-lain.) 
  3. Menghadiri kursus penulisan yang disampaikan oleh Novelis Ain Maisarah, Tuan Zamri Mohamad, dan juga Tuan Fauzul Na'im di Perpustakaan Petaling Jaya. 
  4. Menyertai Bengkel penulisan di UIA Gombak anjuran SERUMPUN bersama Habiburrahman El Shirazy 
  5. Menghadiri Bengkel Menulis Skrip bersama Tuan Zabidi Mohamed di Layar Consult Sdn Bhd dan FINAS. 
  6. Menyertai Bengkel Asas Menulis Novel Akademi HERO yang dikendalikan oleh Cikpuan Azzah. 
  7. Menghadiri Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak anjuran Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia 


"Hidup jadi lapang apabila kita yakin dengan hikmah yang Tuhan janjikan."




Galeri Gambar

Berkongsi tentang kaedah penerbitan buku sendiri (self publish) di Dewan Seminar Mustread, 2016. Anjuran KursusPenulisan.com


Berkongsi tentang kaedah penerbitan buku sendiri (self publish) di Auditorium Karangkraf Shah Alam, 2016.



Berkongsi tentang kaedah penerbitan buku sendiri (self publish) di Kanak-kanak House Bangi, 2016.

Menyertai bengkel penulisan skrip bimbingan Tuan Zabidi Mohamed, Anjuran FINAS.



Berkongsi tentang asas penerbitan buku sendiri (self publish) di Dewan Seanggun Bidadari, Batu Caves. Anjuran SenangTerbit.com, 2016.


Bersama urusetia Konvensyen Penulisan, UIA Gombak.


 Bersama Tim Pengkaji Hadis di MHI TV3 untuk bicara tentang buku Mendorong Pelajar Corot.


Bersama rakan-rakan penulis yang hebat dan Bapa Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimin. Pesta Buku Selangor 2016.


Buku Beruslah Gigi berada pada tangga kedua daripada 100 buah buku bergambar kanak-kanak terbitan Karangkraf.


Bersama rakan-rakan penulis, penterjemah, pekomik di MPH Mid Valley, 2011.

 Bersama rakan-rakan penulis, penterjemah, pekomik di Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah, Rumah Pink Ain Maisarah, Titiwangsa 2011.

 Majlis penyerahan sijil peserta bengkel penulisan skrip bimbingan Tuan Zabidi Mohamed, Anjuran FINAS & PTS COE.


Sesi pertemuan alumni Kursus Online dan Bengkel Asas Menulis Novel di PBAKL 2012, PWTC Kuala Lumpur.

Load disqus comments

0 comments